Friday 20 May 2011

Ilhamku,, =)

ntah mengapa hati ini melonjak untuk penuhkan hasil ke gilaanku di blog ini,,,heheh,,,,
inilah hasilnya apabila diri ini kebosanan,,,kiikikiki
my lovely parent...hehehe

sumber inspirasiku!!!!!

heheheh,,,,, =)

my frenzzz  from matrik (KMK) until now

my roomate.. wawaboom,,,=)

my sweetest frenzz.. biha!!!



Saturday 14 May 2011

ketika tinta berbicara perihalku,,, =)

Assalam,
tanggal 18/08/1990 lahirnya seorang lagi putri di dalam keluarga majid bin omar, melengkapkan 6 orang anak perempuannya ketika itu dan seorang lelaki. akhirnya atas persetujuan ayah dan bonda maka telah menjadi suratan takdir bayi comel itu diberi nama Nurul Hanim Binti Majid. ya itulah diriku. dilahirkan seberat 3.3 kg namun kini usah dikhabarkan pada semua berapa berat putri ke7 itu,,kah2.Menetap di pekan Serdang, Kedah,,ku bangga menjadi rakyat pekan serdang walaupun tidaklah berapa maju namun itulah tempat tumpah darahku,,,hahah,,patriotik tu,,,

sesungguhnya aku seorang yang mesra dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja,,, namun di sebalik kemesraan itu ia mudah menjalinkan hubungan persahabatan dalam waktu yang singkat, oleh hal yang demikian maka tidak hairanlah jika aku ini dikatakan sebagai seorang yang mudah sensitif kerana padaku setiap perhubungan itu memberi 1001 makna bagiku..

ketika aku dilahirkan dalam family yang sangat bahagia itu, aku fikirkan aku sebagai anak bongsu.,...lama aku menjadi adik akhirnya trlahir lagi seorang putri dlam family ini,,,menjadikan 7 orang putri dan seorang lelaki iaitu abgku pada tahun1995,,,

yang terakhir adalah pada tahun 1997,maka lahirnya putra bongsu dalam keluargaku,,alangkah bahagia keluarga ku kerana memiliki putra ketika itu kerana terlalu ramai putri yang memeriahkan suasana,,, 

inilah yang tinta berbicara hal keluargaku yang disayangi,,,miss a lot n a full of love...


inilah putri ke tujuh keluarga Majid bin Omar,,,alamak muka macam pulak,,jap2,,,heheh


 my lovely person in my life,,,mum n dad,,, siti zauyah shaari n majid omar,,, muaahhh,,

inilah family ku,,,,sebenarnya ni gambar edit,,,tak semua mampu ada dlam 1 waktu yg sama,,,huhuhu...dari kiri..adhra suha, kak alia, abg li, kakak mazuria, ayah, mak, adik mal, kak chik, abg sufi, kak ja n nadia,,,di bawah,,dari kiri kak mah,aku, dik lia n kak uda,,,heheh,,,

 inilah kakak,,,( mazuria)
 ini family kak ja ( normeza , sufi azhar, & nur nadia adriana) sweetnyerrr,,,

my 3rd sis,,,kak mah (siti fatimah)

my brother's family ( mohd azli, nur alia, adhra suha)..moga berbhagia,,,
  kak chik putri ke lima ( nor shuhada)single ag k..kah3
kak uda anak keenam ( nurul huda),,oh kak hudku,,,tomey2
ha!,,,ni la cik nurul a.k.a anim,,,hik33,,,lagi cun kan antara semua,,,kah2,,dah blog sendiri apa salahnya bangga diri skit,,, =)
 ha,,,ni lah adik dibawahku itu,,,,hhehe,,,dik lia ( nor amilia),,gorgeous in my family
 for the last one in my family is,,,dik mal ( mohd akmal)macho tu,,,tak dapat disangkal lagi..

semoga hidup kita sentiasa diberkati dan dirahmati,,,,terima kasih ayah dan mak kerana melahirkan umat nabi muhammad yang sempurna dan mendidik kami tanpa jemu untuk memastikan keturunan ayah dan mak berjaya di dunia dan di akhirat,,,love n miss family forever and ever,,,

Wednesday 11 May 2011

fahamilah rakan-rakanku,,,,,


COUPLE ISLAMIK....apa 2?? jom baca kisah ni.. Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple."COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.





not like this okey,,,pas kawen leh r,,,,hik3,,,

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.   "Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. 


tgok tu malu kat kucingg,,,,hahaha


Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. 

Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”   Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...   p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam